Pages

Tuesday 9 February 2016

Apa itu PARABEN dalam produk kosmetik & makanan?


Assalamualaikum uolls, 

Apa yang membuatkan saya rasa tertarik untuk ambil tahu mengenai Paraben ni apabila saya terbaca 1 entry dari rakan blogger mengenai satu lotion baby ni.. Automatik saya p cek kandungan brg ank2 saya ada Paraben tak. sekali Butylparaben ada Methylparaben pun ada! 



haa..bila da tau ada tu terusla cek produk lain bagai sesambil google pasal Paraben. so apa itu Paraben?


Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam pemprosesan membuat bahan-bahan kosmetik. ia juga boleh didapati di dalam beberapa bahan makanan yang diproses selain bahan farmaseutikal (ubat-ubatan). 



jadinya tak dinafikan kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan pengawet Paraben kerana fungsi utama Paraben adalah untuk membunuh dan mengelakkan pertumbuhan kuman. Paraben dapat diserap dengan mudah ke dalam badan kita,ianya kekal di dalam badan dan lama kelamaan boleh menyebabkan kanser. adakah Paraben bahaya? masing2 punya pandangan sendiri:)

yang pasti tertarik dengan penerangan mereka ini mengenai Paraben dan bahaya Paraben dari sudut positif and negatifnya


ada juga jumpa artikel dari Berita Harian yang mana kini kesedaran pengguna mengenai bahaya bahan kimia dalam produk dandanan diri dan kosmetik semakin meningkat. pada tahun 2010, hampir 10% produk baru di pasaran tertera perkataan 'bebas paraben'. pengguna turut memilih kosmetik bebas daripada bahan tambahan lain seperti alkohol atau bahan kimia.



so pilihan di atas tangan anda sendiri. tak semua brand yang sama, ada Paraben. sebagai contoh produk Safi ada yang ada Paraben. ada yang takda. if aware pasal Paraben ni cek betul2 kandungan produk yang  kawan2 guna tak kira lotion ke,lipstik ke,pencuci muka ke,facial mask ke sebelum membeli tau. mencegah lebih baik dari mengubati...insyaAllah:) 

Thuwaibah Idris
Senior Beauty Consultant
019 906 3056

2 comments:

  1. Mohon pencerahan tentang product mary kay..sb saya pengguna setia mary kay..sedih klau link ini benar..terjumpa link ni http://www.parabenfreeprincess.com/2009/01/lavender-and-tea-tree-oil-cause-breast.html?m=1 dan kebanyakan product mary kay mempunyai oaraben..bukan 1 malah camburan 2 dan lebih drpd 1 jenis paraben..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete